Seramai 6309439 pengunjung telah melawati halaman web ini sejak dibuka pada 30 Nov. 2008
Ditalian
Rankaian Akhbar
SELAMAT DATANG
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
"MENERUSKAN AMANAH TUN DR MAHATHIR Mempertahankan Agama,Bangsa,Negara dan UMNO"
''Ia kerana saya melihat PKR sanggup menjual maruah dan integriti bagi mencapai satu pembohongan untuk merosakkan bangsa,''.
- Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim
Ingatlah strategi pecah, perintah dan tawan oleh pembangkang nampaknya sedang berlangsung dengan sempurna. Ia adalah permainan taktikal dan akal. Yang alpa akan tewas.
beruang_putih menulis "1) Inilah slogan keramat yang ahli UMNO dan pemimpin-pemimpinnya laungkan, yang mereka nanyikan apabila ada sahaja majlis UMNO di kampung-kampung atau di Pusat Dagangan Dunia Putra saban tahun.
2) Lantaran berapa ramaikah yang mendalami pengertian kepada slogan ini? Untuk menjadi ahli UMNO hanya perlu isi borang dan Ketua Cawangan akan tolong bayarkan yuran mereka. RM 1 untuk satu tahun. Selepas ini Yuran RM2 untuk seumur hidup.
3) Melihat UMNO yang telah bertapak lama dan mengekalkan motto BERSATU, dan keadaan di Bahagian dan Cawangan tidak ubah seperti perkelahian anjing dan kucing. Ke mana sahaja semua sudah mencanang siapa bakal YB (kalau ada peluang menang) dan siapa akan duduk di mana, jawatan apa. Motto BERSATU ini bukan lagi sesuatu yang menjadi asas dan nadi dalam pergerakan parti.
Unsur Khawarij dalam Pas - Memusuhi saudara seIslam, lunak dengan si kafir
abe_yeh menulis "Pelbagai cercaan, gelaran, tuduhan dan makian dihamburkan terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria oleh para penyokong Pas yang sering mendakwa merekalah pejuang Islam. Telatah mereka ini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini terutama sejak Mursyidul Am mereka menulis satu surat terbuka memperlekeh peranan Mufti Perak dalam usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas selepas Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu.
Saya langsung tidak terkejut dengan gelagat pemimpin dan penyokong fanatik parti tersebut biarpun pada zahirnya mereka mempamerkan ‘pakaian agama’. Halnya demikian kerana Nabi Muhammad s.a.w. telah banyak memperingatkan umatnya tentang golongan seperti ini pasti akan wujud terutama di akhir zaman ini.
Eloklah kita mengambil ingatan dari Rasulullah s.a.w. berkenaan ciri-ciri Khawarij dalam banyak hadith sahih.
amirhamzah64 menulis "Apabila bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang keluar dari PKR dan masuk UMNO, maka berbunyi lah orang mengatakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang itu sebagai 'sampah' tetapi 'mutiara' bagi UMNO. Secara kasarnya memang benarlah kenyataan itu, sebab sesuatu yang sudah tidak berguna lagi atau pun sudah mahu dibuang dianggap sebagai sampah.
Mana-mana parti politik pun tidak akan menolak mana-mana individu yang ingin menyertai parti selagi ianya mengikut syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh parti. Seingat saya, UMNO bukanlah sebuah parti 'pendendam' dan tertutup, malah di dalam sejarahnya UMNO akan menerima semula ahli-ahlinya sama ada ahli yang pernah dipecat, ahli yang keluar dengan sendiri atau ahli-ahli yang pernah dihukum.
Respon kepada MAZA - Jangan sempitkan perjuangan kebangsaan Melayu!
abe_yeh menulis "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana satu rencana tulisan Datuk Noor Azam telah disiarkan dalam Utusan Malaysia baru-baru ini berkenaan perjuangan Melayu dan Islam (sila rujuk rencana bertajuk Jadilah umat Islam, bukan umat Melayu? Utusan Malaysia 24 Februari 2010).
Rencana beliau ini adalah sebagai suatu respon terhadap tulisan mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) tentang hakikat perjuangan kebangsaan Melayu-Islam di Malaysia (sila rujuk Minda Dr. Maza bertajuk Maulid, Melayu dan Mamak Penang, Mingguan Malaysia 21 Februari 2010).
amirhamzah64 menulis "Dahulu orang melihat BPR (Badan Pencegah Rasuah)sebelah mata sahaja dan beranggapan BPR hanya berani menangkap ikan bilis sahaja sedangkan jerung-jerung besar terlepas dan bermaharaja lela. Daripada BPR bertukar nama SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan sekarang ini dapat pulak boss baru yang semua rakyat tahu dimana beliau mempunyai komitmen tinggi untuk membenteras rasuah.
Masalah penyeludupan pasir ke Singapura tidak selesai-selesai sehingga mendapat rungutan daripada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. Tun merungut tentang mengapa pasir masih lagi dijual kepada Singapura baik pasir darat atau pasir sungai maupun pasir silika.Presiden PERKASA juga berpendirian yang sama agar dihentikan penjualan semua jenis pasir ke Singapura. Sebenarnya masalah ekspot pasir ke Singapura adalah isu poltik yang sensitif kerana melibatkan hubungan dua hala antara kedua negara yang pernah bertelagah di masa lalu kerana sengketa penjualan pasir dan air.
University Raffles Iskandar Malaysia akan dibangunkan di Iskandar Johor dengan usaha sama antara Raffles Education Corporation dan Education Iskandar Sdn Berhad. Namanya memang bersejarah dan agung kerana terselit nama tuan bekas penjajah.
Sejak berita ini tersiar tidak ada sebarang reaksi dari badan-badan pendidikan, ahli sejarah atau nasionalis tanah air. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sekarang benar-benar berfikiran global.
Memang pun wajar kita mengambil sikap ini. Kita tidak boleh lagi berfikiran sempit. Nama Universiti itu adalah sangat sesuai untuk mengingatkan keakraban kita dengan British, iaitu bekas tuan tanah kita. Tidaklah adil jika hanya Singapura sahaja yang mengenangkan jasa British dengan Raffles Hotel dan sebagainya.
amirhamzah64 menulis "Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan."
amirhamzah64 menulis "Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang kontroversi, Zulkifli Noordin menyifatkan pemimpin Islam yang bersetuju dengan cubaan pihak tertentu membatalkan sambutan Maulidur Rasul sebagai "bajingan" serta "balaci" yang rela dicucuk hidung seperti lembu.
Kepada siapakah gelaran 'banjingan' serta 'balaci' yang hendak ditujukan oleh Zulkifli Nordin ini? Sudah tentunya ia ditujukan kepada orang yang menyokong percubaan Lim Guan Eng untuk membatalkan perarakan maulidur Rasul di Pulau Pinang baru-baru ini. Soal boleh atau tidak boleh atau patut atau tidak patut bukan isunya. Isunya ialah menyokong percubaan LGE itu bersifat politik kerana sudah ada 'perjanjian syaitan' dalam pakatan pembangkang bahawa perlu saling sokong menyokong walaupun ianya melibatkan soal agama.
amirhamzah64 menulis "Apabila Francis Yeoh meminta supaya dihapuskan subsidi dan perlindungan kepada bumiputera, pewaris YTL itu mahukan wujudmya satu suasana persaingan yang 'brutal' dalam dunia perniagaan Malaysia. Seolah-olah pertolongan kerajaan dan 'tongkat' yang diberikan bagi membantu orang Melayu itu dianggap sebagai menyekat kepada perkembangan ekonomi negara. Terang-terang dasar kapitalis ini menjadikan yang kaya akan terus menghisap darah orang miskin di mana yang kaya bertambah kaya sementara yang miskin bertambah ramai serta hidup melarat.
Dasar ekonomi cadangan Francis ini akan melebarkan jarak dan jurang antara Melayu dan bukan Melayu dalam bidang ekonomi. Tidak adil untuk Francis meminta agar subsidi ditarik balik dan membiarkan orang Melayu terkial-kial mencari punca rezeki. Francis mungkin terlupa dengan kedaifan dan kemunduran orang Melayu yang berterusan sejak kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Orang Melayu ditindas oleh 3 penjajah barat iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris. Ini bermakna, Melayu telah ditindas selama lebih 400 tahun sedangkan kita baru merdeka selama 53 tahun. Hanya pada tahun 1970 apabila Dasar Ekonomi Baru itu disusun sedemikian rupa untuk membasmikan kemiskinan dikalangan orang Melayu disamping menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Itupun DEB hanya untuk tempoh 20 tahun dengan sasaran 30% kekayaan negara dikuasai oleh orang Melayu. DEB gagal mencapai matlamatnya.
amirhamzah64 menulis "
Saya amat tertarik dengan idea Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor meminta kerajaan negeri memberi perhatian kepada pemilikan rumah mampu milik untuk generasi muda. Idea ini sebenarnya sangat baik, praktikal dan dirasai terus oleh rakyat. Tanpa mengira parti politik mana pun jika ianya memberi kebaikan kepada rakyat harus disokong dan pihak kerajaan pusat atau negeri-negeri yang dipimpin oleh UMNO harus bersaing memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kerajaan sedia ada harus peka bahawa dalam tempoh pendaftaran pemilih bagi suku tahun keempat tahun 2009, menyaksikan 82,668 pengundi baru yang mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Semua sedia maklum bahawa kebanyakan pengundi baru ini adalah dari kalangan generasi muda. Dalam keadaan persepsi generasi muda hari ini lebih memihak kepada pembangkang maka berita baik daripada Kerajaan Selangor ini perlu diambil berat oleh kerajaan bagaimana untuk memberi persaingan sihat bagi memberi sesuatu yang berfaedah kepada generasi muda ini.
Halaman Blog yang mempamerkan tulisan tulisan YABhg.Tun Dr Mahathir
Aktiviti
Gambar gambar disekitar Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri, bersama Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Asmah dan pelancaran logo Kelab Che Det Dot Com Terima kasih dan syabas kepada semua yang sudi hadir dari seluruh negara termasuk Singapura, Sabah dan Serawak.
Gambar gambar disekitar Penyerahan Memorandum kepada Dato Seri Samy Vellu di wisma MIC Kuala Lumpur pada 17 Sept. 2009 jam 11.00 Pagi Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Gambar gambar disekitar aktiviti memupok semangat baru pada Ganerasi muda Pelajar tingkatan 6 Atas dari sekolah Meng. Keb. Semerah, Batu Pahat, Johor. Program dianjurkan oleh KelabCheDet.com. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Gambar gambar disekitar aktiviti ahli Kelab Che Det com di tapak Perhimpunan Pribumi Perkasa pada 22 Mac 2009.
Syabas dan tahniah kepada semua rakan Ahli Kelab Che Det yang sudi menghulur tangan memberi bantuan kepada pertubuhan Pribumi PERKASA,di dalam melancarkan perjalanan majlis tersebut.Terima kasih.
Gambar gambar disekitar sesi bertemu dengan Datuk Mukriz Tun Dr Mahathir.
Sila ambil perhatian bahawa penulisan-penulisan yang disumbangkan ke laman web ini bukanlah pandangan rasmi Kelab Che Det Dot Com.
Kecuali yang dikeluarkan secara rasmi dari masa ke semasa oleh pihak Kelab.
Hakcipta Terpelihara (c) 2008. Kelab CheDet Dot Com