Seramai 7687436 pengunjung telah melawati halaman web ini sejak dibuka pada 30 Nov. 2008
Ditalian
Rankaian Akhbar
SELAMAT DATANG
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
"MENERUSKAN AMANAH TUN DR MAHATHIR Mempertahankan Agama,Bangsa,Negara dan UMNO"
Ingatlah strategi pecah, perintah dan tawan oleh pembangkang nampaknya sedang berlangsung dengan sempurna. Ia adalah permainan taktikal dan akal. Yang alpa akan tewas. AWAS BARISAN NASIONAL!!!
amirhamzah64 menulis "Laporan polis yang dibuat oleh PERKASA Johor hari ini (31 Ogos 2010) bukan mahu menginiaya atau memfitnah Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Cheng tetapi bagi mententeramkan keadaan apabila sejak akhir-akhir ini beberapa 'kecelaruan' telah berlaku bukan sahaja daripada tingkah laku ahli-ahli politik tetapi telah melibatkan rakyat awam. Kecelaruan yang dilakukan oleh ahli-ahli politik ,tentu rakyat sedia maklum adalah kerana kepentingan diri atau parti masing-masing dalam mencari pengaruh dan sokongan.
Namun apabila ia dilakukan oleh orang awam yang menerbitkan klip video berbaur perkauman tentunya akan mengundang banyak persoalan. Apakah motif dan tujuan beliau melakukannya? Kegelisahan rakyat dan ketidak tenteraman yang berlaku mutakhir ini seharusnya dihentikan kerana ianya menyumbang kepada kestabilan dan keselamatan negara.
PERKASA merasakan dalam kita merayakan perayaan bulan kemerdekaan dan pada hari ini seluruh rakyat menyambut kemerdekaan negara kali ke 53, unsur-unsur seperti ini tidak lagi berlaku. Maka PERKASA Johor merasakan Namewee perlu disiasat. Siasatan yang telah dibuka itu setidak-tidaknya telah melegakan kebanyakan rakyat bahawa sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang tidak terlepas daripada tindakan.
Jika tiada apa tindakan yang diambil rakyat tidak berupaya membendung kegiatan tidak sihatnya setelah kerajaan memberi peluang kepadanya dalam kes mengubah suaikan senikata lagu negaraku kepada negarakuku sedikit waktu dahulu.
Kita serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan seperti mana siasatan ke atas Pn.Inshah Mansor. Kita rakyat biasa tidak boleh menghukum dan membuat keputusan sendiri dengan membelakangkan undang-undang. Jika perkara seumpama ini tidak dicegah, siapa pula yang akan menjadi sasarannya selepas ini. Dahulu, lagu kebangsaan, kini Pn.Inshah dan Kementerian Pelajaran.
Adakah selepas ini setelah Namewee membuat klip video penyembelihan :) di dalam mimbar masjid baru kerajaan mahu bertindak? Pada ketika itu mungkin ada rakyat yang hilang pertimbangan. Kami berharap agar pihak polis dan KDN tidak memberi peluang ke dua kepada Namewee dan keluarganya untuk merayu dan memohon maaf. Beliau berhak dihadapkan ke muka pengadilan.
Terima kasih juga atas laporan polis yang dibuat oleh PERKASA Johor Bahru, PERKASA Batu Pahat, Wira PERKASA Johor dan Wira PERKASA Johor Bahru.
Memo Bantahan PERKASA Johor Bahru Mewakili PERKASA Johor
amirhamzah64 menulis "Penyerahan Memo Bantahan di Kons Jenderal Indonesia, Johor Bahru yang mendapat liputan TV3 yang disiarkan dalam Buletin Utama TV 3 pada 27.8.2010
Kepada : Konsulat Indonesia, N0.46, Jalan Taat Off Jalan Tun Abd.Razak, Johor Bahru, Johor.
Daripada : Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara, Johor Bahru mewakili PERKASA Negeri Johor.
Memo Bantahan :
1. Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara Daerah Johor Bahru yang mewakili PERKASA Negeri Johor berasa amat kesal dan kecewa prilaku dengan tindakan segelintir rakyat Indonesia yang memijak dan membakar bendera Malaysia dan melemparkan najis ke kedutaan Malaysia dalam satu insiden baru-baru ini.
2. Kami mewakili ahli PERKASA Negeri Johor khasnya merasakan tindakan ini adalah satu tindakan yang biadap, kurang ajar serta tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.
3. Harapan kami agar tindakan biadap ini tidak berulang lagi dimasa hadapan bagi menjaga hubungan baik antara Malaysia-Indonesia yang telah kian lama di pupuk sebagai satu keluargaan.
4. Memperkukuhkan perhubungan antara Malaysia-Indonesia yang tidak diganggu gugat dengan adanya kesefahaman dan keharmonian serta dasar-dasar yang baik perlu diperkukuhkan.
5. Kami berharap semoga dapat menjaga keselamatan kedutaan dan rakyat Malaysia diberi jaminan sepenuhnya.
amirhamzah64 menulis "Presiden PERKASA, Ibrahim Ali bergegas ke Kulaijaya sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan Umrah semalam. Destinasinya ialah ke rumah Pn.Hjh Inshah Mansor, pengetua yang menjadi mangsa mainan politik pihak-pihak tertentu yang memutarbelitkan kenyataannya yang dikatakan satu kenyataan perkauman melampau. Presiden mahu mendengar sendiri daripada mulut Pn.Siti Inshah berkenaan kemelut tersebut dan hasil pertemuan itu telah memberi gambaran jelas kepada pihak PERKASA. Pertemuan selama hampir 2 jam di kediaman pengetua berkenaan membuktikan PERKASA peka dan bertanggungjawab.
Selepas pertemuan tersebut, rombongan Presiden bersembahyang Jumaat di Masjid Jamek Kulaijaya. Selepas solat kira-kira 200 jemaah mendengar ucapan ringkas Presiden berhubung beberapa isu, antaranya:
1. PERKASA menyokong penuh tindakan Pn.Hjh Siti Inshah dalam mendisiplinkan pelajar dan mendesakkan kementerian pelajaran supaya memulangkan semula Pn.Hjh Siti mengetuai SMK Tunku Abd Rahman Putra Kulaijaya. Buat masa ini Pn.Hjh dipinjamkan ke PPD Kulaijaya
2. Presiden memberi jaminan akan mempertahankan Pn.Siti Inshah termasuklah jika isu ini dibawa ke Parlimen.
3. Meminta kerajaan bertindak adil termasuklah isu membaling cat merah dan botol arak di sebuah surau di Seremban agar mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan seperti mana pesalah-pesalah yang lain.
4. Presiden memberi jaminan akan terus mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu dan menyeru orang-orang Melayu terus bersatu agar tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.
Terima kasih kepada PERKASA Kulaijaya yang menjadi tuan rumah selain PERKASA Johor Bahru ,Pontian ,Batu Pahat serta mereka yang datang dari jauh termasuk daripada Pasir Gudang, Kota Tinggi, Kluang dan lain-lain tempat yang turut hadir memberikan sokongan kepada program hari ini.
amirhamzah64 menulis "Penghinaan terhadap Malaysia semakin menjadi-jadi. Penunjuk perasaan di hadapan kedutaan Besar Malaysia di Jakarta terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang. Kumpulan penunjuk perasaan hari ini menuntut Malaysia memohon maaf serta meminta kerajaan Indonesia memanggil balik Duta Besar Indonesia di Malaysia. Brengsek.....
Kerajaan Malaysia jangan meminta maaf dan kekalkan keputusan bahawa tindakan kerajaan sebelum ini adalah betul. Persetankan dengan mereka kerana anjing-anjing liar seramai 600 orang itu telah dibayar untuk membuat demontrasi. Perkara sudah selasai dan mereka mahu membesar-besarkan isu. Ada dalang di belakang mereka. Mereka semua umpama anjing lapar yang sudah lama tidak berjumpa makanan maka apabila dibayar sanggup untuk membakar jalur gemilang, membaling najis ke kedutaan Malaysia malah sudah mula mengancam keselamatan Duta Malaysia di Jakarta.
Jika mereka inginkan Duta mereka, berikan mereka pulang. Tetapi jangan lupa membawa pulang jutaan pekerja Indonesia yang sedang mencari makan di Malaysia. Pulang kan sekali rakyat mereka. Jangan pergi ke Indonesia, putuskan hubungan diplomatik dengan negara mereka. Jikalau mereka mahu menganyang Malaysia, rakyat Malaysia juga sudah bersedia menganyang mereka terutama anjing-anjing liar yang kelaparan itu.
Esok jam 11.00 pagi PERKASA Johor akan menghantar memorandum bantahan di Konsulat Indonesia di Johor Bahru sebagai tanda protes orang-orang Melayu Johor!
amirhamzah64 menulis "Doa khutbah Jumaat sebut nama Guan Eng bukannya fitnah kerana setakat ini beberapa pihak sudah tampil mengakui memang berlaku seperti didakwa oleh Ahmad Zahid Hamidi. Cuma Anwar Ibrahim yang memusingkan lagu lama mendakwa ianya fitnah terbaru UMNO yang semakin terdesak. Lagu ni pun rakyat dah muntah nak dengar.
Pada peringkat awal, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang ,Abdul Malik Kassim pula berkata siasatan pihaknya mendapati tiada mana-mana masjid melakukan doa dalam khutbah Jumaat yang menyebut nama Lim seperti yang didakwa itu. Beliau tidak menyiasat pun kerana seperti biasa orang seperti ini akan kelentong dulu baru siasat.
Sekonyong-konyong ada pihak yang membuat pengakuan bahawa memang ada menyebut nama Guan Eng dalam khutbah kedua yang disampaikan di dalam bahasa Arab. Buktinya Utusan Malaysia memetik pengakuan Pengerusi Kariah Masjid Jamek Padang Menora di Tasek Gelugor , Hamir Mahmud dan ahli kariah Masjid Jamek Jelutong, Abu Kassin Ismail.
Alasan yang seronok kita mendengarnya ialah jawatankuasa kariah masjid berkenaan mempertahankan penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah kerana mendakwa ia bertujuan memohon kepada Allah supaya Setiausaha Agung DAP itu diberi petunjuk dan hidayah untuk memeluk Islam.
Kalau ya pun nak doakan LGE masuk Islam janganlah tinggalkan langsung nama Yang Dipertuan Agung dan TYT Yg.Dipertua Negeri.
Lain kali, doakan juga Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Baru-baru ini Karpal Singh dengan terang-terang menolak cadangan Nik Aziz bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan so:) ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud. Mungkin doa untuk buka hati Karpal Singh boleh ditambah dalam khutbah Jumaat minggu hadapan.
"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," kata Karpal Singh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur Jumaat.
Ada baiknya juga dibacakan doa supaya agar terbuka pintu hati pemimpin-pemimpin yang berkuasa sekarang supaya memikirkan bersama Nik Aziz untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara ini atau mendoakan umat Islam supaya menjumpai titik perpaduan. Mungkin itu lebih berfaedah daripada mendoakan LGE masuk Islam.
Jelasnya tindakan membaca doa kepada LGE ini dengan membelakangkan YDP Agung adalah satu perbuatan mencemar nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di Pulau Pinang dan di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.
Memo Bantahan PERKASA Johor Bahru Mewakili PERKASA Johor
amirhamzah64 menulis "Penyerahan Memo Bantahan di Kons Jenderal Indonesia, Johor Bahru yang mendapat liputan TV3 yang disiarkan dalam Buletin Utama TV 3 pada 27.8.2010
Kepada : Konsulat Indonesia, N0.46, Jalan Taat Off Jalan Tun Abd.Razak, Johor Bahru, Johor.
Daripada : Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara, Johor Bahru mewakili PERKASA Negeri Johor.
Memo Bantahan :
1. Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara Daerah Johor Bahru yang mewakili PERKASA Negeri Johor berasa amat kesal dan kecewa prilaku dengan tindakan segelintir rakyat Indonesia yang memijak dan membakar bendera Malaysia dan melemparkan najis ke kedutaan Malaysia dalam satu insiden baru-baru ini.
2. Kami mewakili ahli PERKASA Negeri Johor khasnya merasakan tindakan ini adalah satu tindakan yang biadap, kurang ajar serta tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.
3. Harapan kami agar tindakan biadap ini tidak berulang lagi dimasa hadapan bagi menjaga hubungan baik antara Malaysia-Indonesia yang telah kian lama di pupuk sebagai satu keluargaan.
4. Memperkukuhkan perhubungan antara Malaysia-Indonesia yang tidak diganggu gugat dengan adanya kesefahaman dan keharmonian serta dasar-dasar yang baik perlu diperkukuhkan.
5. Kami berharap semoga dapat menjaga keselamatan kedutaan dan rakyat Malaysia diberi jaminan sepenuhnya.
amirhamzah64 menulis "Walaupun Ibu bapa empat remaja simbah cat pada surau sudah memohon maaf dan MCA akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir, 4 orang remaja biadap itu jangan terlepas daripada tindakan undang-undang. Alasan bahawa empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif tidak boleh diterima. Mereka bukan tidak faham tetapi biadap dan kurang ajar serta tidak sensitif dengan kehidupan pelbagai kaum di Malaysia. Kalau yang tua-tua pun biadap apatah lagi orang muda yang baru nak mengenal hidup. Sebagai pengajaran, mereka wajib dihukum seperti mana remaja Melayu yang membakar gereja.
amirhamzah64 menulis "Pn.Inshah, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Dalam Negeri sila bertindak. Ini bukan pertama kali. Manusia ini sudah meminta maaf tetapi mengulanginya semula. Apa maknanya? Mencabar atau membuat provokasi? Apa motifnya? Glamour? Mahu menjadi hero?
Pn.Inshah anda di hina.....anak-anak Pn Inshah, saudara mara, kaum keluarga Pn.Inshah tidak terhina kah? Pergi buat laporan polis sekarang supaya mamat ini disiasat. Pn.Inshah dan keluarganya juga boleh ambil tindakan undang-undang kepada mamat ini. Mahu berdiam diri lagi kah?
Kementerian Pelajaran juga diperlekeh. Apa pandangan pelajar-pelajar jika melihat video klip ini. Jika tindakan tidak diambil dan dibiarkan bukankah ianya akan menggalakkan para pelajar lain untuk membuat video yang serupa. Mencegah lebih baik daripada merawat. Apakah dengan menunjukkan isyarat lucah kepada Kementerian Pelajaran, pegawai-pegawainya di Putrajaya hanya boleh tersenyum sahaja?
Jabatan Agama juga tidak rasa tersinggung kah?
Adakah umat Melayu sudah diserang sindrom bisu dan pekak? Tidak sensitif jugak kah?
Semua umat Melayu sepatutnya bingkas mengecam tindakan rakyat Malaysia ini. Laporan polis perlu dibuat oleh semua yang bergelar Melayu!
Sila klik di sini untuk melihat video klipnya yang terbaru....25 Ogos 2010
WAJIB BACA - Melayu Di Bunuh Dan Di Simbah Cat Merah Oleh DAPig
Papagomo menulis "Terbujur kaku seorang pekerja UMNO bernama Kasim bin Omar yang telah dibunuh dengan kejam oleh orang Cina dari Parti Buruh pada 24 April. Allahyarham juga telah disimbah mukanya dengan cat merah. Pemimpin UMNO mengkebumikan beliau secara senyap-senyap kerana bimbang berlaku rusuhan kaum. Namun demikian Rusuhan tetap berlaku pada 13 Mei 1969 apabila Parti DAP dan Gerakan menang dan keterlaluan menghina Melayu.
Ini adalah satu Fakta dan Sejarah yang benar dan sohih dan ianya bukanlah satu pekara omongan kosong semata mata. Tujuan Gomo untuk mengeluarkan gambar di atas bukanlah untuk mengajak kita orang Melayu menyerang Orang Cina mahupun meminta agar berlakunya satu lagi peristiwa berdarah pergaduhan Kaum antara orang Melayu dan Cina.
Kita orang Melayu seharusnya bermuhasabah diri dalam menilai makna dan juga wajah yang sebenar di sebalik Gambar dan kejadian yang berlaku itu. Bukan kerana Pekerja yang mati di Bunuh oleh Cina parti Buruh itu orang UMNO tapi ianya adalah kerana Lelaki itu adalah seorang Islam dan juga Berbangsa Melayu.
Dan bila berlakunya pergaduhan Kaum antara orang Cina dan Melayu pada tahun 1969 apakah ianya memilih antara orang UMNO, PAS untuk di Bunuh? Tidak ada perbedaan waktu itu baik orang UMNO mahupun PAS, selagi ianya orang Melayu yang Islam agamanya maka akan mereka Bunuh tidak kira apa sekalipun alasan yang di beri.
Apakah kita masih tidak dapat menilai apa yang berlaku pada tragedi 13 Mei itu merupakan satu cetusan Perkauman yang tidak mempedulikan fahaman politik? Jadi mengapa cukup susah untuk kita bersatu waktu ini dalam menguatkan silaturahim antara kita semua tampa mengira fahaman politik?
Di mana akan kita jumpa Titik pertemuan antara orang Melayu dalam masa terdekat ini? Walaupun Kuasa Melayu sudah semakin terhakis dan berpecah namun masih ramai lagi orang orang Melayu khusnya di dalam Pakatan Pembangkang tidak ingin untuk duduk semeja bersama UMNO dalam membincangkan hala tuju orang Melayu dan apa akan jadi pada Melayu jika kusa Memerintah sudah hilang kelak.
Jika merana kelak bukan kita, tapi anak cucu cicit kita lah yang akan merana akibat dari keBODOHAN kita yang menghancurkan perpaduan orang Melayu itu sendiri. Jangan kerana kesilapan kita maka mereka anak cucu cicit kita yang akan menerima padahnya bila mereka di cengkam kuasa Asing yang dulunya sanggup menumpahkan Darah Melayu kerana Kuasa yang mereka inginkan.
Hari ini Sebuah Surau di simbah dengan CAT MERAH pula di Seremban. Angkara siapa cat Merah ini? Siapa yang cukup gemar dengan Cat Merah? Takkanlah Surau berkenaan Meminjam dari Along dan bila tak dapat di bayar lalu di simbah dengan Cat Merah pula?
amirhamzah64 menulis "Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan 'ucapan rasis' pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar. Beliau didakwa menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.
Ketua Wira PERKASA Johor Sdr Azlan b Ahmad yang tinggal di Kulaijaya telah dihubungi untuk mendapat gambaran daripada pihak pengetua yang terbabit.
1. Pengetua menafikan bahawa beliau tidak mengucapkan kata-kata seperti yang dilaporkan oleh pihak media dan beliau mendakwa telah diputar belitkan oleh pelajar India yang membuat laporan polis. Sdr Azlan difahamkan bahawa di belakang pelajar India ini adalah seorang guru India yang memang tidak berpuas hati kepada pengetua berkenaan berikutan permintaannya untuk menubuhkan Persatuan Tamil telah ditolak. Pihak pengetua hanya akan memberi kebenaran kepada guru India tersebut jika guru berkenaan berhasrat mahu menubuhkan Persatuan Bahasa Tamil bukannya Persatuan Tamil.
2. Sdr Azlan juga memaklumkan bahawa pelajar-pelajar bukan Melayu telah mula melawan guru-guru Melayu dengan mengatakan bahawa ' Guru Besar pun kita lawan apa lagi guru-guru kecil'.
3. Pengetua berkenaan juga telah membuat laporan polis untuk mempertahankan dirinya. Difahamkan juga akibat desakan daripada MCA dan DAP, pengetua itu telah diminta memohon maaf kepada pelajar di dalam perhimpunan.
Betul kata Muhyiddin:
1.Terdapat banyak kenyataan bertentangan berhubung apa sebenarnya yang berlaku."Ada banyak perbezaan maklumat antara apa yang dikatakan dan apa yang dimaksudkannya"
2.Muhyiddin Yassin mengarahkan sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi menyiasat isu ini adalah langkah yang tepat.
Kesimpulannya:
1. Seandainya pengetua berkenaan didapati ada menyatakan ayat yang dilaporkan kepada pihak polis maka satu tindakan yang setimpal perlu diambil kerana ianya satu provokasi yang tidak sesuai dilakukan oleh seorang penjawat awam.
2. Jika benar pengetua tersebut telah difitnah dan ucapannya telah diputar belitkan maka pelajar yang berkenaan perlu diambil tindakan.
3. Guru India seperti yang dilaporkan pengetua juga boleh diambil tindakan kerana mengikut perintah am perkara 4 berkaitan Perhubungan Dengan Orang Luar menyebut sebagai (4.6)Guru-guru juga dilarang keras membuat sebarang kenyataan akhbar atau menulis artikel tentang sesuatu isu (kecuali dengan kebenaran pengarah) dan melakukan tindakan yang mencemarkan profesion berkait dengan perhubungan dengan orang luar. Apatah lagi guru ini telah menghasut pelajar ini untuk membuat laporan polis.
4. Dengan laporan polis ini juga telah melibatkan parti-parti politik campur tangan dalam perjalanan hal ehwal sekolah. Apakah motif laporan polis dibuat? Sepatutnya ia boleh dilaporkan kepada PIBG sekolah atau biro aduan PPD Kulai Jaya atau pun Biro Aduan Jabatan Pelajaran Johor untuk siasatan.
5. Jika benar pengetua tidak menuturkan 'ucapan rasis' berkenaan maka guru-guru Melayu daripada Guru-guru penolong kanan hingga guru-guru biasa perlulah membuat laporan polis menyatakan sokongan kepada kenyataan pengetua bahawa beliau telah difitnah dan kenyataannya diputar belitkan. Begitu juga pelajar-pelajar Melayu yang berjumlah lebih kurang 800 orang daripada 1100 orang boleh membuat kenyataan menafikan laporan polis tersebut.
Isu ini telah menjadi isu perkauman maka sebarang tindakan perlulah adil supaya tidak ada mereka yang teraniaya.
Halaman Blog yang mempamerkan tulisan tulisan YABhg.Tun Dr Mahathir
Aktiviti
Gambar gambar disekitar Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri, bersama Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Asmah dan pelancaran logo Kelab Che Det Dot Com Terima kasih dan syabas kepada semua yang sudi hadir dari seluruh negara termasuk Singapura, Sabah dan Serawak.
Gambar gambar disekitar Penyerahan Memorandum kepada Dato Seri Samy Vellu di wisma MIC Kuala Lumpur pada 17 Sept. 2009 jam 11.00 Pagi Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Gambar gambar disekitar aktiviti memupok semangat baru pada Ganerasi muda Pelajar tingkatan 6 Atas dari sekolah Meng. Keb. Semerah, Batu Pahat, Johor. Program dianjurkan oleh KelabCheDet.com. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Gambar gambar disekitar aktiviti ahli Kelab Che Det com di tapak Perhimpunan Pribumi Perkasa pada 22 Mac 2009.
Syabas dan tahniah kepada semua rakan Ahli Kelab Che Det yang sudi menghulur tangan memberi bantuan kepada pertubuhan Pribumi PERKASA,di dalam melancarkan perjalanan majlis tersebut.Terima kasih.
Gambar gambar disekitar sesi bertemu dengan Datuk Mukriz Tun Dr Mahathir.
Sila ambil perhatian bahawa penulisan-penulisan yang disumbangkan ke laman web ini bukanlah pandangan rasmi Kelab Che Det Dot Com.
Kecuali yang dikeluarkan secara rasmi dari masa ke semasa oleh pihak Kelab.
Hakcipta Terpelihara (c) 2008. Kelab CheDet Dot Com