Kenyataan Media Kelab Chedet – ISU Hard Rock Cafe Putrajaya

by

Share on FacebookTweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+

Kenyataan Kelab Chedet – ISU HRC

Kami menentang keras kelulusan membenarkan Hard Rock Cafe beroperasi di Putrajaya.

Untuk apa HRC di Putrajaya? 95% umat Islam di situ. Maknanya HRC nak kejar pelanggan Islam di situ.

Boleh jamin ke utk HRC Putrajaya hanya menyediakan makanan halal sahaja dan tiada minuman keras dan ‘live band’?

Kalau tidak boleh jamin itu, kami bantah sekeras2nya.

Putrajaya adalah pusat oentadbiran negara bukan tempat hiburan. Bandaraya ini adalah bandaraya Islam contoh.

Perdana Menteri ke 4 ketika itu DS Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad berhirah ke Putrajaya membawa hampir semua kementerian umpama Rasullullah berhijrah ke Madinah. Menjadikan Kita Madinah sebagai sebuah kota pentadbiran contoh Islam. Bangunan pertama siap dibina oleh Rasullullah ialah Masjid. Dan bangunan pertama siap di bina oleh perdana menteri ke 4 kita di Putrajaya adalah masjid.

Semua bangunan bangunan2 bercirikan ksenian Islam. Kebersihan putrajaya adalah juga mengambarkan sebuah bandaraya Islam. Bersih itu tuntutan Islam.

Dr. Mahathir ketika mahu membina Putrajaya memanggil pakar perancangan bandar Prof. Dr. Zainuddin Mohamad ketika itu hanya sebut beliau mahu sebuah Kota Firdaus.

Besar maksudnya mahukan sebuah kota yang dipanggil sebagai Kota Firdaus. Sudah pasti jika HRC seperti yg ada di mana2 skrg ini amat tidak sesuai berada dlm kota Firdaus.

Kelab Chedet akan buat pungutan suara penduduk Putarjaya dlm masa terdekat ini bagi mendapat maklum balas apakah mereka setuju HRC beroperasi di temoat mereka.

Kami bimbang jika ini dibiarkan akan membuka premis hiburan yg lain utk bertapak di Putrajaya. Dan akan menjadi seperti Kuala Lumpur kedualah nanti.

Kita dulu selalu berkata apa bukti negara ini negara Islam sdg kan kotarayanya penuh dgn tempat maksiat.

Sbb itu Putrajaya dibina dgn ciri2 Islam yg jelas bagi bersesuaian sebagai kota pentadbiran negara Islam.

Saya menyeru penduduk Putrajaya agar menolak HRC dari bertapak di Putrajaya.

Sekian.
Syed Hassan Syed Ali
Tim. Presiden Kelab Chedet.