Kenyataan Media KCD berkenaan isu Tun Musa Hitam dengan Tun Mahathir

by

Share on FacebookTweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+

Kenyataan Kelab Che Det (KCD) Malaysia.

KCD tidak hairan dgn pendedahan oleh Musa Hitam. Kami kenal sangat siapa Musa Hitam ini.

Kalau di forum-forum beliau selalu nak dapat dipuji oleh pihak yang menganjurkannya dengan harapan beliau akan dapat dipanggil lagi.

Apa lagi kalau pengajurnya bukan dari pihak UMNO. Demi takut diserang dalam forum, lebih baik beliau salahkan orang lain terlebih dahulu.

Mengapa baru sekarang baru dedahkan cerita yg telah begitu lama? Apakah benar apa yg Musa ni dedahkan sekarang?

Saya masih ingat pendedahannya dalam satu tape video tidak lama selepas beliau letak jawatan sebagai TPM yg sepanjang video itu mengkritik pimpinan Dr. Mahathir.

Beliau ketika itu ada menyebut yang beliau gesa Dr. Mahathir ketika itu sebagai PM utk batalkan trip ke China bagi selesaikan isu Memali.

Pelik kita semua, jika benar beliau seorang pemimpin yg hebat dan sering kali mengkritik Tun Mahathir selepas meletak jawatan sebagai TPM sehingga sekarang setelah lebih 10 tahun Tun Mahathir bersara, pastinya ramai yang mendesak beliau kembali menerajui UMNO. Mengapa tidak ada?

Saya rasakan memang Dr. Mahathir berlepas ke China sebelum PDRM berbalas tembakan dengan kumpulan pengikut Ibrahim Libya.

Sebagai sebuah negera jauh kebelakang ketika itu adalah tidak baik untuk batalkan lawatan ke negeri kuasa besar seperti China yang sudah buat persiapan untuk mengadakan perbincangan dengan rombongan Perdana Meneteri Malaysia.

Mungkin jika kedudukan negara seperti sekarang boleh juga dibatalkan tetapi masa itu negara sangat mengharap hubungan baik dengan negara2 kuasa besar demi ekonomi negara yang juga penting untuk rakyat.

Isu Memali seperti mana isu Al Mahunah. Kes pelampau yang perlu ditangani oleh pihak keselamatan. Apa lagi ianya di bawah KDN yang Musa adalah menterinya ketikan isu Memali.

Tiada apa yang perlu Musa berasa bersalah dalam hal ini. Dan beliau sendiri pernah nyatakan bahawa beliau sampai satu masa menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak PDRM untuk bertindak sebaik mungkin terhadal kumpulan pengikut Ibrahim Libya.

Dan semuanya tahu yang memulakan tembakan adalah pihak kumpulan pengikutan Ibrahim Libya.

Mengapa pula Musa nak rasa bersalah? Kalau tidak berasa bersalah mengapa perlu diungkitkan lagi?

Pelik juga jika seseoarang itu fikirkan dialah pemimpin hebat mengapa perlu takut jika PM mahu juga ke China?

Kalau Musa sebagai PM ketika itu apa yang beliau akan lakukan?

Kalau ada jawapan selain dari menyerahkan kebijaksanaan pihak PDRM bertindak, mengapa tidak lakukannya sedangkan beliau Menteri KDN.

Sebagai menteri KDN fikirlah yang terbaik dan kalau fikirkan ada tindakan lain mengapa lepaskan kepada PDRM segalanya?

Jelas Musa sememangnya tidak layak memimpin negara. Saya tidak dpt bayangkan bagaimana keadaan Malaysia sekarang jika Musa jadi PM jika bukan Mahathi pada masa itu.

Di mana Malaysia agaknya sekarang jika Musa PM sebab Musa banyak menentang dasar Mahathir. Sebab tu beliau letak jawatan. Apa dasar dia nak lakukan?

Musa pernah dilantik sebagai Pengerusi Sime Darby kononnya untuk perbaiki masalah Sime Darby. Apa hebatnya Sime Darby bawah Musa?

Rumusannya Musa bukan pemimpin yang hebat. KCD tertanya juga, apa jasa Musa untuk negara? Untuk Melayu? Maaflah, kami tindak pernah dengar kenyataan Musa pertahan kepentinga Melayu dan Bumiputera. Kepentingan Islam jauh sekali.

Al-Fatihah untuk mereka-mereka yang telah terkorban dalam peristiwa Memali. Semoga semuanya dirahmati Allah.

Terima kasih
SYED HASSAN SYED ALI
TIMBALAN PRESIDEN KELAB CHE DET MALAYSIA

* Kenyataan akhbar ini adalah merupakan kenyataan rasmi Kelabchedet.com sahaja.