Seramai 7712903 pengunjung telah melawati halaman web ini sejak dibuka pada 30 Nov. 2008
Ditalian
Rankaian Akhbar
KelabCheDet.Com: Forums
Kelabchedet.com :: View topic - saham/duit
PERINGATAN: Dengan tindakan anda mengapungkan tulisan dan/atau gambarfoto di forum ini,
anda sudah bersetuju dan menerima terma forum ini, iaitu anda bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas semua tulisan dan/atau gambarfoto yang anda apungkan itu. Semua tulisan dan/atau
gambarfoto seperti yang diapungkan para pengunjung tidak mewakili pendirian/pandangan/dasar
pemilik forum ini.
Keadaan Saham, ana letak dalam perhatian dlm dua minggu.
Cerita luar negara pun agak negatif .Lebeh lebeh lagi dua tiga hari ni.
Jadi kalau minat standby dulu. salam.
Nampaknya Indek komposit terus dipaksa naik keatas.Halangan kedudukan sekarang 1060 ke 1075 mata.
KNM halangan semasa Rm 115. Peratus kenaikan dari paras terendah lebeh kurang 210%.
Dalam keadaan harga minyak meningkat kaunter minyak ada sasaran .
Saag baru naik 100%, ,scomi l/kurang 120%. MRCB dapat merasa bajet rangsangan, JAK air selangor.Fonic jangka sederhana. I Power tengah dikumpul diam diam. Iris ambil nafas, halangan 22 cent.
Apa cadangan ? Berwaspada jika nak beli. Bila nak jual ,pandai pandai lah.Ikut prinsip jual beli saham. Yo naik jual , Yo turun beli.Jangan tamak tapi berhati hati. Panduan ,Harga Minyak dipasaran Antarabangsa.
HATI-HATI. Begitulah nasihat Bursa Malaysia Bhd. (Bursa Malaysia) kepada para pelabur ekoran peningkatan urus niaga luar biasa bagi beberapa sekuriti tempatan minggu lalu. Dan, keadaan itu dijangkakan berterusan.
Para penganalisis mengakui apa yang berlaku boleh berulang kerana tahap keyakinan pelabur dalam pasaran tempatan diperkukuhkan oleh sentimen persekitaran semasa. Malah, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) diunjurkan mampu mencapai paras 1,100 minggu ini.
OSK Research dalam nota penyelidikan berkata, berdasarkan prestasi dagangan kukuh pada minggu lalu, IKKL dijangka mencatatkan momentum 1,100 - kedudukan yang kukuh.
Menurutnya, setakat ini petunjuk teknikal terus meningkat, setidak-tidaknya untuk jangka pendek dan sederhana.
Faktor dasaran yang semakin menggalakkan sudah cukup menyebabkan minat untuk melabur menjadi kian menebal. Pada masa ini, pasaran boleh dikatakan mahal berbanding pasaran serantau dengan purata pendapatan sesaham (PE) 14.8 sen berbanding 14.5 sen.
Namun begitu dengan mengambil kira kadar faedah dua peratus bagi simpanan deposit sudah tentu aktiviti dalam pasaran saham tempatan menjadi pilihan kerana boleh mendatangkan hasil sebanyak 3.5 peratus.
Para penganalisis tempatan juga menjangkakan lebih banyak kejutan akan berlaku dalam pasaran tempatan sehingga berlangsung Invest Malaysia 2009 anjuran Bursa Malaysia, secara bersama buat pertama kalinya dengan Kumpulan CIMB pada akhir bulan ini.
'Kejutan' berkenaan diperkukuhkan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengesahkan bahawa beliau akan membuat 'pengumuman besar' yang dijangka bakal merancakkan lagi urus niaga bursa tempatan.
Di sebalik jangkaan 'kejutan' itu, aktiviti dagangan luar biasa yang berlaku perlu dipantau kerana apa yang berlaku juga boleh mengundang bahaya dan mampu mempengaruhi kedudukan dan sentimen pasaran. Lagi pun, kepentingan para pemegang saham perlu diberikan keutamaan, apabila harga saham syarikat meningkat tanpa asas yang munasabah.
Sehubungan itu, sewajarnya, Bursa Malaysia mengeluarkan amaran tersebut selepas mendapati sekuriti Measat Global Bhd. (Measat), Transmile Group Bhd. (Transmile), Compugates Holdings Bhd. (Compugates) dan Saag Consolidated (M) Bhd. (Saag) didagang di luar kebiasaan.
Para pelabur yang tidak menyedari mereka menjadi mangsa ikutan spekulasi dengan melabur dalam saham-saham yang meningkat secara luar biasa, akhirnya akan menyaksikan 'jari mereka terbakar' dan menanggung kerugian. Ini kerana pada kebiasaan dalangnya akan keluar pasaran lebih awal setelah meraih untung yang diingini.
Jadi sewajarnya apabila Measat dan Transmile dalam kenyataannya mendakwa tidak tahu menahu mengapa urus niaga luar biasa itu berlaku tetapi keadaan itu tetap dibimbangi oleh Bursa Malaysia. Ini kerana, di sebalik aktiviti dagangan luar biasa, harga-harga saham tersebut tidaklah berada pada kedudukan yang boleh dianggap 'sangat menguntungkan'.
Sekiranya diambil kira spekulasi pasaran, aktiviti dagangan luar biasa dalam sekuriti Measat dipercayai didorong spekulasi penyenaraian semula Maxis Communication Sdn. Bhd..
Begitu juga dengan khabar angin kononnya Tan Sri Robert Kuok, pemegang saham Transmile akan menjual kepentingannya menyebabkan kaunter sekuriti itu tiba-tiba menjadi tumpuan. Bagaimanapun, aktiviti luar biasa yang berlaku itu, setakat ini masih belum mampu menarik pelaburan di kalangan pelabur individu.
Ketua Pegawai Pelaburan ASM, Rusli Abu Yamin ketika mengulas situasi itu berkata, memang wajar Bursa Malaysia menyatakan kebimbangan kerana aktiviti luar biasa itu langsung tidak menyumbang kepada kenaikan harga sebaliknya hanya membabitkan jumlah dagangan sahaja.
Beliau tidak menolak aktiviti luar biasa itu semata-mata didorong untuk menaikkan harga sekuriti disebabkan harga semasa berada di bawah nilai.
''Saya percaya aktiviti ini dilakukan di kalangan pemegang saham, kalau tidak aktiviti ini tidak boleh berlaku.
''Secara kasarnya, dalam keadaan sekarang, adalah sukar untuk menyaksikan kenaikan jumlah dagangan kecuali ada satu-satu perkara yang mendorong kenaikan tersebut,'' katanya
JADI SEMUA MISTI MAU INGAT LAH. MENANAM DAN MENUAI PADI 4 KALI SETAHUN. CARA TERBAIK DAN SELAMAT.
Sila ambil perhatian bahawa penulisan-penulisan yang disumbangkan ke laman web ini bukanlah pandangan rasmi Kelab Che Det Dot Com.
Kecuali yang dikeluarkan secara rasmi dari masa ke semasa oleh pihak Kelab.
Hakcipta Terpelihara (c) 2008. Kelab CheDet Dot Com