Halaman UtamaAkaun Tun Dr Mahathir PUISI Forum  Daftar Masuk
Che Det


"It is not for me to say whether I have succeeded or not. The people and history will judge and determine whether my service was good or bad"


PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

_____________________


Muzikal Tun Mahathir Muzikal Tun Mahathir Muzikal Tun Dr Mahathir Mohamad


Untuk membeli tiket online sila klik disini

_____________________


TOLAK PEMBANGKANG


_____________________


GALERI KELAB CHE DET GALERI Beri sokongan anda pada Kelab Che Det dot Com.
_____________________


DILEMA MELAYU Buku Dilema Melayu Karya Tun Dr Mahathir Mohamad


Sekiranya anda mempunyai masalah untuk membaca dalam format PDF klik disini untuk membaca dalam format HTML
_____________________


MEMORANDUM KEPADA MIC Memorandum Kepada Parti MIC


Transkrip Ucapan
YABhg Tun. Dr. Mahathir
Ucapan

DAFTAR UMNO
DAFTAR
Berminat menjadi ahli UMNO? sila daftar secara Online disini.Mudah dan cepat.



Modul
· Laman Utama
· Akaun Anda
· Capaian Berita
· Forum
· Kandungan
· Kirim Berita
· Pesanan Peribadi
· Topik

Hitungan Masa
Seramai
7722851
pengunjung telah melawati halaman web ini sejak dibuka pada
30 Nov. 2008

Ditalian
Selamat datang, Anonymous
Nama Samaran
Katalaluan
(Daftar)
Keahlian:
Terbaru: zaidazainal
Hari Ini: 0
Semalam: 2
Keseluruhan: 1754

Sedang Online:
Pelawat: 34
Ahli Berdaftar: 1
Jumlah: 35

Sedang Online:
01: nordin

Rankaian Akhbar











Nasib Baik Ada Undi Pos.
Kiriman pada Wednesday, May 19 @ 23:22:16 EDT oleh obey_one
Semasa amirhamzah64 menulis "Tidak susah untuk menganggak keputusan dalam PRK Sibu baru-baru ini. Sentimen perkauman selepas PRU ke 12 dulu nampaknya masih berterusan hingga ke hari ini malah akan berpanjangan ke PRU ke 13. Signal keputusan PRK Sibu ini ditujukan kepada Najib untuk PRU 13 dan Taib Mahmud dalam Pilihanraya negeri Sarawak tidak lama lagi.

PRK P94 Hulu Selangor telah memberi satu amaran bahawa undi Cina tetap tidak berganjak malah bertambah 37% kepada Pakatan Pembangkang. Apatah lagi jika Parlimen Sibu yang didominasi oleh 67% pengundi Cina.



Di Sibu, Wong Ho Leng daripada DAP telah berjaya meraih 18,845 undi, manakala calon BN Robert Lau Hui Yew memperolehi 18,447 undi. Calon Bebas Narawi Harun hanya mendapat 232 undi. DAP menang dengan majoriti 398 undi.

Dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu, BN telah berjaya mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 3,235 mengalahkan Wong Ho Leng daripada DAP dan juga calon PKR. Kini BN telah kehilangan 2,837 yang menjarakkan kemenangannya dalam PRU12. Undi pos yang berjumlah 2,537 telah mendekatkan lagi majoriti kecil yang diterima oleh DAP. Nasib baik ada undi pos, jika tidak BN akan kalah lebih teruk lagi. BN menerima undi pos sebanyak 2,322 undi, manakala DAP memperolehi 70 undi. Calon Bebas pula hanya mendapat 30.

Apa pandangan rakyat bawahan berkenaan keputusan di Sibu ini:

1. Pengundi Cina telah memberi amaran berkali-kali seperti di PRU Bukit Gantang dan Hulu Selangor bahawa mereka sudah kurang berminat dengan BN. Mereka lebih percaya kepada Pakatan Pembangkang yang diterajui oleh Anwar Ibrahim. Anwar lebih diminati berbanding Najib. Najib tidak sebijak dan secerdik Anwar.

2. Anwar tidak mengeluar modal yang banyak tetapi berbekalkan isu-isu panas yang gagal ditepis oleh pelobi-pelobi BN. Anwar dan DAP bukan lagi memainkan isu bangsa tetapi isu agama Kristian. Perdana Menteri kata jentera BN lembik . Klik di sini.

3. Jutaan ringgit yang ditaburkan Najib tidak mengaburi mata pengundi Cina di Sibu. Mengapa baru ditabur sekarang sedangkan BN sudah 28 tahun menguasai Sibu. Wang ringgit hanya gula-gula pilihanraya. Bagi pengundi Cina mereka lebih meminati Pakatan Pembangkang kerana mereka ada agenda lebih besar. Menguasai Sarawak dan Malaysia.

4. BN perlu mengambil langkah drastik dan berani. Selesaikan masalah dalaman SUPP. Ada makluman berlaku sabotaj di kalangan SUPP sendiri.

5. Tukar Taib Mahmud. Beliau sudah menjadi Ketua menteri terlalu lama dan sudah terlalu kaya. Dalam pilihan raya baru-baru ini, nama Taib Mahmud sudah dimomok-momokkan. Perang saraf yang digendangkan oleh Pakatan Rakyat yang menyebut jika mengundi SUPP samalah juga mengundi 'Taib Mahmud' merupakan satu sindiran tajam terhadap kepimpinan negeri Sarawak yang diterajui oleh Taib Mahmud.

6. BN jangan tabur projek semasa pilihanraya, 18 Juta tidak boleh membeli undi Cina. kalau sudah tau kecenderungan pengundi Cina mengapa perlu membazir sedangkan ramai lagi pendokong kerajaan masih serba serbi kekurangan. Mengapa BN buat-buat buta dan tuli terhadap senario pengundi Cina pada masa ini.

6. BN perlu memberi tumpuan yang lebih kepada kawasan ramai pengundi Melayu dan Bumiputera seperti Sabah, Sarawak, Pahang, Johor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor. Kerusi-kerusi ini menjadi penentu kemenangan BN dalam pilihanraya ke 13.

7. Slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri juga dilihat tidak memberi impak kepada masyarakat Cina. Pilihan raya kecil di Hulu Selangor baru-baru ini telah menjadi bukti betapa pengundi-pengundi golongan ini masih terkeliru dengan wawasan 1Malaysia yang menuntut hak kesamarataan sebagai sebuah 'bangsa Malaysia'.

Sudah terang lagi bersuluh....

Amir Hamzah
Batu Pahat

"

 
Pautan Berkaitan
· Lagi mengenai Semasa
· Artikel Oleh obey_one


Artikel yang sering dibaca berkenaan Semasa:
Chin Peng , Kiyai Salleh Dan Selempang Merah


Penilaian Artikel
Markah Purata: 0
Undian: 0

Sila luangkan sedikit masa untuk mengundi artikel ini:

Cemerlang
Sangat Bagus
Baik
Sederhana
Teruk



Pilihan

 Paparan Untuk Percetakan  Paparan Untuk Percetakan

 Kirim Artikel ini kepada Rakan  Kirim Artikel ini kepada Rakan


Topik Berkaitan

Semasa

Segala komen di sini adalah hakmilik penghantar. Pihak pentadbir tidak bertanggungjawab bagi segala isi yang terkandung di dalamnya. Harap maklum.

Tetamu Biasa tidak dibenarkan memberi komen, sila daftar

Re: Nasib Baik Ada Undi Pos. (Markah: 1)
oleh dumbledore (dumbledore@gmail.com) pada Friday, May 21 @ 21:58:59 EDT
(Maklumat ahli | Hantar Pesanan)
mungkin tak cukup terang tu cikgu...

kena pakai spot light...

tak pun lampu stage 'follow spot'

tak pun lampu buat drama 2kW atau 2.5kW

tak cukup lagi pakai lampu buat filem 4kW, 6kW atau 12kW...

kalau tak cukup lagi bawakkan MATAHARI letak atas kepala :)



Re: Nasib Baik Ada Undi Pos. (Markah: 1)
oleh beruang_putih (beruang_putih@kelabchedet.com) pada Monday, May 24 @ 01:18:47 EDT
(Maklumat ahli | Hantar Pesanan) http://afiqumnos.blogspot.com
korek je bijik mata.. rendam dalam sg Ampang lepas tu pasang balik.. gerenti buleh nampak..




Sila ambil perhatian bahawa penulisan-penulisan yang disumbangkan ke laman web ini bukanlah pandangan rasmi Kelab Che Det Dot Com.
Kecuali yang dikeluarkan secara rasmi dari masa ke semasa oleh pihak Kelab.
Hakcipta Terpelihara (c) 2008. Kelab CheDet Dot Com

Kelabchedetcom Ilhamcipta oleh KCD Web Team