Normala Umum Pelantikan Barisan Kepimpinan Puteri Umno Sabah

by

Share on FacebookTweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+

KOTA KINABALU, 23 Dis (Bernama) — Ketua Puteri Umno Sabah Normala Rasik, yang baru dipilih menerajui pergerakan itu, Isnin mengumumkan barisan kepimpinan Puteri Umno negeri.

Normala menggantikan Musliati Moslimin yang melepaskan jawatan ketua kerana faktor usia melebihi had umur 35 tahun.

Normala yang juga anggota Exco Puteri Umno dan Ketua Puteri Umno Kudat sejak 2004 dibantu Ketua Puteri Semporna Zakiah Kalipunya yang mengekalkan jawatan naib netua pada pemilihan parti lepas.

Ketua Puteri Penampang Dayang Sarinah Yassin dilantik penolong setiausaha agung yang baharu manakala Ketua Puteri Kota Kinabalu Salmi Sarinoh (penolong bendahari) dan Ketua Puteri Pensiangan Norhafizah Muhamin (ketua penerangan).

Barisan kepimpinan anggota jawatankuasa menyaksikan hampir 70 peratus muka baharu iaitu Ketua Puteri Bahagian Sharifah Lydia Sharif Dandan (Kota Marudu), Fadilahn Sarbi (Sepanggar), Daliah Md Zain (Putatan), Fahzean Mohiddin (Papar), Suzana@Fauzieah Jamadih (Beaufort).

Yang turut dilantik ialah Suzie Hamat (Sipitang), Rusnah Sait (Ranau), Salbiah Syhaideh@Junaideh (Keningau), Norhazrilah Latif (Tenom), Karmi Ariffin (Libaran), Hazulizah Md Dani (Batu Sapi), Dayang Norhayati Titing (Kinabatangan), Zuraidah Asdian (Silam) dan Halina Michanael (Kalabakan).

Muka lama ialah Masnatu Satong (Kota Belud), Effaridun Ismail (Tuaran), Saudah Sarzaman (Kimanis), Siti Haibah Abdul Majid (Sandakan) dan Nazliah Ali (Tawau), Julie Sabran (Beluran).

Bercakap dalam sidang akhbar ketika mengumumkan perkara itu, Normala berikrar akan menyahut cabaran parti untuk menambah kira-kira 20,000 anggota.

Beliau berkata rekod keanggotaan Puteri bertambah sejak penubuhannya kepada 368,000 orang termasuk di Sabah paling ramai iaitu 55,000 anggota.

“Saya ingin menyahut saranan Puteri Umno pusat untuk membawa misi dan visi utama pergerakan Puteri Sabah bagi penggal ini dengan mendaftarkan sebanyak mungkin anggota Puteri di negeri ini.

Normala turut melahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Umno negeri Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Puteri Umno yang baharu Mas Ermieyati Samsudin atas pelantikan beliau memimpin sayap parti itu.

Beliau mengingatkan semua anggota supaya menekankan ketelusan dan disiplin bagi memantapkan transformasi parti selain bekerjasama rapat dengan Pergerakan Pemuda dan Wanita.

Beliau akan mengadakan mesyuarat pertama Puteri Umno negeri pada 4 Jan bagi membincangkan hala tuju pergerakan itu.

— BERNAMA