Penganjur syukur Dr M tak cedera

by

Share on FacebookTweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+

Penganjur syukur Dr M tak cedera

 

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengalami sebarang kecederaan susulan kekecohan dibaling suar, kerusi, botol air dan kasut ketika forum Nothing To Hide 2.0.

Pengarah program berkenaan Ashraf Mustaqim berkata walaupun program tersebut berakhir dalam keadaan huru-hara, Mahathir langsung tidak berkecil hati malah memuji pihak penganjur.

“Saya orang terakhir dengan Tun Mahathir semasa beliau menaiki kereta, saya cium tangan Tun, syukur Tun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kita tidak jangka benda ini berlaku, kami kata kami minta maaf dengan Tun, tapi Tun kata tak apa ini perjuangan demi negara, demi agama, bangsa kita untuk selamatkan negara,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.

Sementara itu Ketua Pemuda BERSATU (ARMADA) Syed Saddiq Abdul Rahman berkata pihaknya percaya suspek yang membuat kekecohan berniat untuk mencederakan Mahathir.

Ini kerana katanya, suspek sudah membuat perancangan dengan teliti untuk menyerang bekas perdana menteri itu dengan sengaja membaling kasut, selipar dan malah suar ke arahnya.

“Elemen itu kami rasa dan kami percaya ditujukan untuk sabotaj pogram ini dan mencederakan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.

Dalam kejadian hari ini, Program Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam bertukar ganas apabila beberapa individu mula menimbulkan kekacauan.

Insiden berkenaan bermula ketika Mahathir menjawab soalan peserta mengenai tragedi Memali, apabila tiba-tiba kasut dan selipar dibaling ke arahnya.

Bagaimanapun beberapa petugas keselamatan berjaya melindungi bekas perdana menteri keempat itu.

Susulan itu, Mahathir dibawa keluar dari dewan dan pihak polis tiba tidak lama selepas itu.

Kekecohan hari ini turut menyaksikan beberapa objek dilempar termasuk kerusi, kasut serta botol, manakala suar dibakar dalam dewan tempat berlangsungnya program berkenaan.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/391812#LoTI55hb66rrw8O1.99