Tun M kagum dengan penyokong kuat Najib

by

Share on FacebookTweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+

SHAH ALAM – Presiden Bersatu, Tun Dr Mahathir melahirkan rasa kagum dengan orang-orang yang berpendidikan dan berpengetahuan namun tetap bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, apa yang lebih menakjubkan adalah kesanggupan penyokong ini mempertahankan Najib walaupun kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapat perhatian dunia.

“Mereka perlu tahu bahawa terdapat bukti Najib terlibat dalam skandal 1MDB untuk Jabatan Kehakiman AS menyiasat pihak berkuasa di negara berkenaan.

“Mereka tahu semua ini dan banyak lagi. Tetapi mereka terus menerima beliau sebagai pemimpin (Najib) mereka, berkerumun di sekelilingnya untuk bersalaman dan mencium tangannya. Kelompok elit tertinggi pun bersama beliau,” dakwa Mahathir menerusi catatan terbaharu diblognya hari ini.

Sebelum ini, Najib yang dikaitkan dengan isu 1MDB menafikan beliau menyalahgunakan dana awam.

Najib mendakwa laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah membuktikan bahawa tiada salah laku jenayah dalam syarikat milik Kementerian Kewangan, seperti yang didakwa.

SINAR HARIAN